Pages

Kad Imbas & Permainan Baby

>> July 31, 2010

Apa itu kad imbas???

Aku pun tak tau jugak pada mulanya,tapi kene rajin cari info kat website.Sekarang semuanya di hujung jari.Kad imbas ni korang boleh beli kat store(aku beli kat GIANT,RM7.90) atau korang boleh buat sendiri.Kalo ada sape2 yang berminat,aku ada sampel FLASHCARD,boleh email aku,nanti aku send kat korang..Kalo susah nak cari,beli sahaj secara online,tapi untuk baby macam Baby Sarah ni,kad imbas ABC &123 sesuai.Kad imbas bentuk mimik muka pun sesuai gak.Tapi tu aku buat sendiri je.

Ada kajian kat amerika beritahu:

Studies show that infants not only prefer to look at high contrast graphics, but that such images like black and white graphics can
  • help increase concentration skills
  • stimulate the creation of synapses (brain cell connections)
  • increase an infant's attention span
  • calm a baby (when she is bored)
  • enhance curiosity
Jadi,mulai hari ini,semua bakal ibu bolehla cari kad imbas ni atau mintak je dari aku..aku bagi softcopy..hehe

Read more...

Jualan Hari Raya 2010

>> July 30, 2010

Rempeyek Special
Harga Sepeket(50pcs)-RM15

Biskut Choc Chips Butter
Harga sebotol(50pcs)RM23

Email aku di markay84@yahoo.com kalo ada nak tempah.Sampel pun ada,korang boleh rasa & tolong jual..hehe..

Read more...

Pojaan Hati Kami

.....................
......................................
.................................................
............................................................Ibu & Abah SAYANG Sarah sangat-sangat.....xoxoxox

Read more...

WAHM

>> July 27, 2010

Teks:Niza
Foto:Google

Erm..hari ni aku agak down sedikit..dapat sakit migrain sejak malam tadi.Dalam sakit-sakit begitu,aku tetap menjalankan kewajipan menyusu kan baby Sarah sampai die terlena.Sekarang,tiap kali nak tido kene tukar pampers dulu..kalo tak,alamatnya kebocoran la esok pagi..hehe.

Aku ada terpikir untuk memakai kan Baby Sarah cloth diapers..tapi aku masih mencari info & kedai online yang memberikan harga terbaik & berkualiti.Dalam pengiraan aku,kalo Baby Sarah pakai CD,boleh jimat juga.Almaklumla..anak dara Pejo ni kuat jugak 'membeseh'(kencing)..hehe.

Dalam masa aku melayari blog CD,aku pun terjumpa satu website ni..agak kagum juga aku..kawan-kawan pun boleh klik web ni untuk mendapatkan info bagi ibu-ibu.Kadangkala aku terfikir juga untuk bekerja dari rumah sahaja..boleh juga jaga Baby Sarah sepenuh masa...wee:-)

P/S: tetap menyimpan impian bekerja di rumah:-)

Read more...

Pengalaman Berpantang

>> July 21, 2010

Saya telah selamat melahirkan anak pertama saya pada 20.04.2010 tepat jam 5.15 petang di hospital sungai buloh.Walaupun telah lewat 3 hari dari tarikh jangkaan,alhamdulillah bayi perempuan saya,Nur Damia Qaisarah telah selamat melihat ke dunia ini.Syukur ke Hadrat Illahi.Selepas bermalam dihospital,saya telah dibenarkan pulang ke rumah dan bermula la detik berpantang bagi diri saya.
    Hari pertama saya laluinya dengan tenang.Mujur ibu saya amat memahami,segala kelengkapan seperti pilis,param,kapur,limau,akar-akar kayu beserta jamu-jamu telah disediakan.Ibu saya memilih produk Air Mancur untuk kegunaan saya dalam pantang.Bermula dari jam 6pagi,saya telah dikejutkan untuk bersiap-siap mandi air serai wangi.Selepas menyegarkan tubuh,saya disuruh mengambil sarapan pagi;air horlicks dan 2 keping roti.Sedih juga tidak dapat merasai kesedapan nasi lemak yang tatkala itu menjadi hidangan ahli keluarga lain.Tidak mengapa,ini semua untuk kebaikan kesihatan saya juga.Selepas bersarapan,saya menyusukan anak saya dahulu dan membersihkan tubuhnya sebelum badan saya diurut oleh tukang urut bersalin,Makcik Melah.Hampir 2 jam saya 'bertarung' kesakitan akibat urutan-urutan tersebut almaklumla selepas bersalin,hampir satu badan mengalami sakit-sakit sendi.Selepas tamat proses mengurut,badan&muka saya dilumur dengan pilis & param,manakala disapu kapur &perahan limau di bahagian perut.Param & pilis berfungsi untuk memanaskan tubuh dan menyegarkan muka agar ibu2 mendapat kesegaran tubuh selepas melahirkan anak.Kapur & air perahan limau pula bertujuan untuk mengecutkan lemak-lemak di bahagian perut.Kemudian,rambut saya disisir dan diikat setinggi-tingginya.Ini bertujuan membetulkan pengaliran darah dari kepala ke hujung kaki dan bagi mengelakkan sakit kepala menyerang.Selepas habis semua proses tersebut,saya dipakaikan stokin tebal dan bengkung bertali di bahagian pinggul hingga ke paras peha.Berbengkung amat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang asal dan bagi mengurangkan langkah kaki kita.Iyala,risau kalo terlanggar kerusi,takut bentan.Jika berbengkung,kita akan jalan dengan penuh bersopan,ala-ala masyarakat jepun:-).Selesai sudah proses urutan,kemudian saya diberi air akar kayu oleh ibu saya.Pengalaman pertama meminum air akar kayu memang kekal diingatan saya.Rasanya tak dapat digambarkan,namun selepas 1-2 minggu ,saya dah dapat meminum air tersebut 1-2 gelas dalam sehari.Air rebusan akar kayu ini penting untuk memberi kesegaran tubuh dan memberi tenaga.Saya juga perlu makan pil jamu terutama selepas waktu minum pagi,makan tengahari & makan malam.Pil jamu ini bagus untuk mengeluarkan darah-darah kotoran didalam perut,dan membantu memberi tenaga juga.Pantang larang semasa berpantang juga amat dititik beratkan dan alhamdulillah kini saya kembali segar semula
    Itulah pengalaman berpantang saya,diharap pengalaman ini dapat dikongsi bersama para ibu diluar sana .

Read more...

Saya mahu buku 1,kategori A&B

Salam 1 Malaysia

ini entry dari blog pn masayu ahmad juga.buku ni aku pun nak jugak...untuk dapatkan ilmu-ilmu yang berguna untuk menjadi parents ni.

Ni antara syaratnya:

Terma & Syarat

1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/ di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.
 
Kategori A: Cabutan Secara rawak
1. Hanya pilih buku, nyatakan kategori pilihan.

Contoh: Ya saya mahu buku 1 untuk Kategori A

Kategori B

1. Ceritakan pengalaman berpantang anda, boleh juga gambar bayi semasa pantang.
2. Anda layak mendapat buku peraduan dan buku misteri (penjagaan kesihatan wanita)

Nyatakan:

Nama: Masayu Ahmad
Kategori: A & B
Buku pilihan: Buku 1

Sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen peraduan sahaja. Terima kasih.
 
Jadi..jom pakat ramai2 masuk entry nih..lagi ramai lagi meriah:-)

Read more...

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah



Salam semua Pembaca blog,entry kali ni berkenaan peraduan menarik yang dianjurkan di blog puan masayu ahmad.Aku teringin sangat nak buku ni,tiap2 hari baca entry dalam blog ni,memang best& banyak maklumat.Ini antara syarat-syarat peraduan tersebut:

Syarat-syarat
Kategori A
1. Letak Cover buku ini di side bar blog dan pautan link terus ke blog ini. (Tulis: Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah)

2. Siarkan entri tentang peraduan ini.

3. Pemenang dipilih berdasarkan cabutan. Mungkin seorang, dua orang atau tiga orang. Tertakluk kepada keputusan penganjur.


Kategori B

Buat ulasan tentang buku Jana RM Dari Rumah, ulasan yang menarik akan memiliki buku berikut. Pemilihan dan penilaian akan dibuat oleh editor Oasis.


Nota Peraduan:
1. Boleh menghantar seberapa banyak peraduan, jika ada 10 blog sekalipun.

2. Tarikh tamat: sehingga dimaklumkan kelak

3. Sila sertakan maklumat berikut:

Nama: (Mengikut kad pengenalan)
Email:
Blog:

Oleh itu,marilah kita beramai-ramai memeriahkan peraduan ini.Boleh rujuk blog ini untuk maklumat lanjut:-)

Read more...

Peraduan Pengalaman Berpantang

>> July 20, 2010

Di blog masayuahmad ada menganjurkan peraduan menceritakan pengalaman berpantang..bagi para ibu-ibu di  luar,jemputla menyertai pertandingan ini.Hadiah amat menarik:-)

Read more...

Jalan-Jalan Ke Melaka

>> July 15, 2010
























Haa..ni latest pic untuk Sarah..pic ini diambil masa balik dari Melaka.Alhamdulillah,xbanyak ragam dia walaupun jalan jauh..tapi aku yang lenguh tangan duk pangku dia..ngeh2...geram sangat tengok sarah tersengih2 dalam kete..

Arini bertolak agak lewat,so,sampai rumah pun dh dekat Maghrib..jalan memang sangat jem kat sg besi.Kitorang g anta adik aku,Amirah pulang ke Kolej Matrikulasi nya kat Londang tu..Sepanjang jalan,penuh dengan gerai2 jualan buah-buahan kampung.Kitorang pun sebok membeli buah tangan sikit untuk dibawa balik ke rumah yang nun jauh di k.selangor tu..hahahaha..Jeng-jeng-jeng..beli cencalok sekali..buat pengganti budu...:-)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP