Pages

CUTI-CUTI MALAYSIA

>> November 15, 2010

Teks:Niza
Foto:Album keluarga

Percutian Singkat Ke Kota Kinabalu

Hujung mggu lepas,kami sekeluarga telah berlepas ke Kota Kinabalu untuk bercuti.Percutian yang singkat ini akhirnya dapat memberi manfaat kepada kami sekeluarga.Tiket telah lama ditempah,sempena promo tiket air asia tahun lepas.
Kami bermalam di hotel CITITEL Kota kinabalu yang betul-betul terletak dibandar KK.Cuaca agak kurang baik ketika itu,memaksa kami membeli belah dalam keadaan hujan renyai-renyai.Sempat juga kami menyinggah di Pasar Filipina,Pasar Kraf tangan dan pasar malam yang berdekatan.Banyak jualan ikan masin disana dan kami membelinya untuk dibawa pulang ke KL.

Disana ,sangat cepat siang dan cepat malam.Pukul 6 petang sudah kelihatan seperti pukul 8 malam.hehe..agak berbeza sungguh jika di KL.Apapun,kami sangat gembira dengan percutian kali ini memandangkan Baby Sarah pn ikut sekali:-)


Read more...

Tip Memulakan Bisnes Dari Rumah

>> November 8, 2010

Teks:kredit to Pn Masayu

Pic:Google

Memulakan bisnes bunyinya agak serius, tetapi memulakan bisnes sambilan dari rumah nampak lebih santai. Anda banyak idea tetapi tidak satu pun yang benar-benar membuatkan anda mahu serius.

Satu individu satu produk

Cuba lihat persekitaran anda dan rutin harian. Begitu banyak pilihan idea bisnes yang boleh anda mulakan. Cuba fikirkan apa yang paling anda minat atau hobi yang anda gemar.

Anda gemar sekali membeli dan mengumpul koleksi cadar. Pelbagai corak dan gaya. Daripada cadar juga anda boleh dapatkan idea untuk menjual. Sudah ada juga agensi jualan langsung yang menjual cadar, jadi anda boleh menjadi agen jualan.

Sama ada jual kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan luaskan pasaran kepada pengguna lain dengan menjual secara online.

Begitu juga halnya dengan pakaian dewasa, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, kelengkapan ibadah dan pelbagai lagi.

Senaraikan apa jenis idea yang ada dalam perhatian dan tulis senarai tersebut sebelum anda memilih idea mana yang lebih menarik minat anda.


Kajian

Sebelum memulakan produk atau perkhidmatan anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Kajian boleh juga berupa mencuba dahulu secara suka-suka atau sambilan. Dalam kajian tersebut anda boleh mengenal pasti kelemahan dan kebaikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang akan anda tawarkan.

Kajian produk dan perkhidmatan membantu anda mengetahui kelemahan dan mampu membuat perancangan yang lebih sistematik.

Contohnya barang yang anda pos kepada kakak anda tidak sampai pada tempoh yang ditetapkan. Dari situ anda boleh menilai dan mencari syarikat penghantaran yang selamat dan sesuai.

Mula bertanyakan mereka yang sudah biasa berjinak dengan penghantaran secara pos. Bertanyakan tip dan idea untuk memberi keyakinan kepada pelanggan sistem jualan anda adalah selamat.

Sumber

Sumber barangan secara borong adalah salah satu perkara terpenting. Apabila kehabisan stok mudah untuk anda menyediakannya. Tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja. Anda perlu mencari beberapa sumber untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan jika kehabisan stok atau bekalan.

Pelanggan yang cerewet tidak suka mendengar istilah tiada stok. Gantikan ayat yang lebih wajar dengan memberitahu pelanggan, anda akan cuba mencari stok yang dingini dalam tempoh waktu tertentu.

Sekiranya tidak ada dan sememangnya habis, anda boleh mengantikan pilihan alternatif kepada pelanggan. Ini salah satu cara berhemah dan mengikat pelanggan untuk terus kekal menjadi pelanggan. Anda perlu jujur dengan pelanggan mengatakan stok sememangnya sudah habis dan ada pilihan baru yang tidak kurang juga kualiti.

Pelanggan

Siapa pelanggan sasaran, jika anda menjual lampin sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Jika menjual kain ela dan tudung sudah tentunya wanita bekerjaya atau suri rumah yang mempunyai kuasa wang

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP