Persiapan Hari Raya 2010
>> September 3, 2010
Tahun ni sama sahaja seperti tahun lepas.Amat sibuk dibulan puasa.Keadaan kesihatan pun selalu juga terganggu dek tugasan kini sudah semakin berat.Tahun lepas keletihan disebabkan berbadan dua,tahun ini agak kelesuan disebabkan rutin sebagai seorang ibu sudah bermula.Namun aku tetap meneruskan rutin-rutin yang ada dengan harapan dapat melangsaikan beberapa tugasan rumah yang tergendala dalam bulan ini.Bulan ini aku sibuk dengan bisnes jualan biskut raya,alhamdulillah sambutan tahun ini lebih memberangsangkan.Dapat juga buat duit tambahan untuk hari raya.Sebelum pulang beraya ke kg en suami,aku perlu menyelesaikan perkara berikut:
-vakum karpet
-lap perabot
-cuci pakaian
-lipat&simpan pakaian yang sudah dibasuh
-mop lantai
-siapkan biskut raya untuk family
-servis kereta
-ambil tempahan baju raya
-siapkan katalog bisnes
-
Banyak sungguh kerja rumah untuk perempuan ni kan?hehe...Persiapan raya setakat ni masih 50%,terpaksa ambil cuti awal untuk menyiapkan diri,Baby Sarah,rumah & bisnes.Kesemua nya perlu langsai agar dapat beraya dengan sepenuh hati & dapat berehat sepuas-puasnya..insyaAllah...
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR & BATIN
1 ulasan:
salam
selamat menyambut raya
jemput join ga saya berkaitan CD
ne limknya http://littlemummydaddy.blogspot.com/2010/07/littlemummydaddy-giveaway-contest.html
Post a Comment