Pages

List Barang-barang Penting untuk Baby

>> February 25, 2010

Sori..dah lama tak update..kitorang last week dah dapatkan list lengkap dari pakar2 ,hehe untuk membeli keperluan baby apabila emergency nk deliver..barang2 ni ada yang perlu letak dalam satu beg pakaian yang perlu diletak sentiasa didalam kereta.Ada yang korang boleh beli selepas bersalin,in case tak cukup budget.Apa-apa pun,perlu berjimat juga,jangan membazir

1)Kad buku merah------>check up di kilinik kesihatan
2)Pakaian ibu---->untuk pakai balik ke rumah
3)kain batik---->untuk ibu
4)Pad maternity---->aku beli jenama kotex...pad ni bukan pad biasa tau,lebih baik cari yang selesa dipakai
5)Pampern baby--->untuk newborn punye tau
6)1 pasang baju baby yg straight sambung baju,seluar ngan stokinnye---->cute je tgk baju ni
7)2 pasang baju baby---->kalo boleh yang ada butang didepan
8)set stokin & sarung tgn & topi
9)Lampin
10)tisu lembap
11)kapas
12)bantal kecik----->cari yang ada lekuk ditengah,aku beli RM10 shj
13)selimut baby
14)stokin ibu
15)botol susunya--->aku beli jenama AVENT
16)barut & bedung---->aku beli online je..comel2..
17)kad imbas---->aku beli kat giant je,RM7.90
18)Minyak Telon--->beli atleast 2 botol.Simpan satu dalam beg jalan baby
19)Stroller--->aku beli brand SweetCherry
20)Car Seat--->Brand SweetCherry
21)Baby Carrier--->ala,yang leh carry macam beg sekolah tu
22)katil--->tak berapa penting sangat
23)buaian--->penting sebab senang nak dodoikan baby
24)besen mandi
25)buaian dalam besen mandi--->senang nak mandikan baby

26)Flask air panas+jug air--->letak dalam bilik tidur
-------------------------------------------------------------------------------
Next month sambung shopping lagi,hehe..tak tau la larat ke x nk jalan..

Read more...

Jawatan Kosong di Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset, UPM

>> February 11, 2010

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menawarkan jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - GRED N17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT17
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27


CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Kumpulan Sokongan) yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau muat turun di laman web http://admin.upm.edu.my


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah sebelum atau pada 23 Februari 2010 (Selasa):


Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
(u/p:Tn. Hj. Amran bin Zakaria)

Read more...

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang, Selangor (Gred W17)

>> February 9, 2010

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA
MALAYSIA (KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR) BERUMUR TIDAK KURANG
DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN
UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF SAMBILAN SEPERTI
BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

PEMBANTU PENILAIAN (GRED W17)

Cara memohon:

1- Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1,
Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah
menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM
1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

2- Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan
Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang
telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Nama jawatan yang dipohon
hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI
SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Hantar ke:


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22HB FEBRUARI 2010 ( ISNIN )

Read more...

Letihnya arini

>> February 8, 2010

Nukilan-niza
Foto:Google

Aku nak luah sikitla...letih tul arini,ngantuk sangat2..semalam g kursus sehari kt shah alam.Sampai umah dekat kul 6,keje2 umah banyak tak setel lagi...

Apa yang aku dapat dari kursus tu??

Haa..ni yg best,banyak betul input pasal internet aku dapat,hehe...lepas ni aku nk bukak kelas komputer kat sekolah..kiki..cari side income sket..

Read more...

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN DALAM NEGERI

>> February 5, 2010

Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri (Gred R3)


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN GRED R3


Enam belas (16) kekosongan :-
i. Tiga (3) jawatan di Putrajaya
ii. Satu (1) jawatan di Kedah
iii. Lima (5) jawatan di Johor
iv. Dua (2) jawatan di Terengganu
v. Dua (2) jawatan di Pahang
vi. Tiga (3) jawatan di Sabah

CARA MEMOHON
(i) Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010

Read more...

jawatan Kosong KPKK

>> February 4, 2010

Jawatan Kosong di Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
IKLAN KEKOSONGAN
JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah yang terlibat di seluruh Malaysia.

1. (a) JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET
(Skim Perkhidmatan Singkat [SPS])

Gaji:RM2331

CARA MEMOHON :
(a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta salinan kad pengenalan dan transkrip akhir kepada :-

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Tingkat 2 Blok F,
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato’ Onn,
50610 Kuala Lumpur.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – Fasilitator Schoolnet)
(Tel : 03-2691 1209 / 1250)

(b) Permohonan juga boleh dihantar menerusi emel ke schoolnet@kpkk.gov.my.

(c) Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selewat-lewatnya pada 4 Feb 2010. Calon yang menghantar permohonan melalui pos hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat.

Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam IT

Read more...

aWas Suami Curang

>> February 3, 2010

Baru-baru ini,ada satu berita Kosmo yang menarik perhatian saya sebagai seorang isteri..
--->>AWAS SUAMI CURANG.

Pada zaman yang moden ini,semakin banyak kes rumahtangga berlaku termasukla cerai-berai ini.Kenapa hal begini boleh berlaku sedangkan sepatutnya sebuah rumahtangga itu perlu bahagia dan harmoni.Kenapa seorang suami boleh berlaku curang?Siapa yang salah kalau si suami itu curang?ermm..saya ada terjumpa satu artikel yang mana si isteri boleh mengesan tanda-tanda awal si suami sedang berlaku curang..ini tips nya:

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya

Namun begitu,banyak juga kes zaman sekarang ini melibatkan si isteri yang curang..terlalu banyak faktor yang boleh menjerumuskan setiap pasangan suami isteri dalam kecurangan rumah tangga..bagaimana pendapat anda pula??

sumber-artikel tentang cinta

Read more...

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia

>> February 2, 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA):-

1)Penolong Pegawai Tadbir
2)Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3)Pembantu Tadbir

Borang--->http://www.mqa.gov.my/jawatan2010/page1.cfm

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 12 FEBRUARI 2010 JAM 5.00 PETANG

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP