Pages

Welcome 2011

>> January 5, 2011

Teks: Niza
Photo:Koleksi Peribadi


Lama betul kami tak update blog ni,dah bersawang nampaknya.Pejam celik suda masuk tahun 2011.Banyak pahit manis yang kami hadapi sepanjang tahun 2010 lepas.Yang manis kami jadikan kenang-kenangan,yang pahit buang jauh-jauh.Disini aku rumuskan 6 perkara TERMANIS buat kami sekeluarga:

1) Kelahiran Baby Sarah -Lahir pada 20.04.2010 jam 5.10 petang.Sarah lahir ke dunia ,lewat 4 hari dari jangkaan.Lahir di hosp sg buloh.Kali pertama aku merasai bagaimana rasa melahirkan anak,susah payah menahan kesakitan selama 7 jam di wad bersalin.Pelbagai perasaan ada waktu itu,namun segalanya selamat,Alhamdulillah.

2) Ulangtahun Perkahwinan Yang pertama-disambut pada 30.05.2010.Ulangtahun yang pertama ini tiada hadiah untuk kami ,cukup hadiah kelahiran Baby Sarah ke dunia.Waktu ini aku masih merasai kesakitan bersalin lagi,tapi perlahan-lahan sembuh.Alhamdulillah.

3) Projek Biskut Raya 2010- Tahun ini amat sibuk sekali.Aku terpaksa membahagi tugas untuk jaga Baby Sarah dan menyiapkan tempahan biskut raya pelanggan yang rata-rata nya ofismate en.suami.Semuanya berjalan lancar,cuma ada hari yang aku tidak larat berpuasa kerana waktu ini aku masih menyusukan Baby Sarah.Tapi,semuanya berjalan lancar.Alhamdulillah

4) Raya 2010-Tahun ini tahun pertama kami beraya bersama Baby Sarah.Seronok juga,banyak koleksi duit raya untuk Baby Sarah.Kami sudah pun buka akaun simpanan untuk masa depannya.Walaupun perjalanan untuk beraya mengambil masa 8 jam.tapi kami semua gembira beraya di sana dan pulang beraya ke KL pada raya ke 4.Alhamdulillah.

5) Holiday di Kota Kinabalu Sabah- Kali pertama membawa Sarah menaiki kapal terbang.Sangat gembira dapat melihat negeri orang lain.Sarah pun tiada masalah sepanjang perjalanan walaupun KK hujan sepanjang hari.Percutian yang singkat tapi sangat bermakna.Alhamdulillah.

6) Hari Keluarga ke Melaka-Kali ini perjalanan menaiki bas persiaran.Sangat happening,walaupun hanya 2 hari namun kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama sambil melihat keindahan tempat-tempat menarik di Melaka walaupun pada dasarnya kampung aku kat Melaka,hahah...Baby Sarah pun gembira tanpa sebarang masalah.Alhamdulillah.

Walaupun banyak perkara Manis berlaku ada juga perkara kurang manis berlaku.Namun aku ingin buangkan jauh-jauh kisah pahit tersebut.Moga tahun 2011 ini lebih mematangkan aku lebih membahagiakan aku.

Read more...

CUTI-CUTI MALAYSIA

>> November 15, 2010

Teks:Niza
Foto:Album keluarga

Percutian Singkat Ke Kota Kinabalu

Hujung mggu lepas,kami sekeluarga telah berlepas ke Kota Kinabalu untuk bercuti.Percutian yang singkat ini akhirnya dapat memberi manfaat kepada kami sekeluarga.Tiket telah lama ditempah,sempena promo tiket air asia tahun lepas.
Kami bermalam di hotel CITITEL Kota kinabalu yang betul-betul terletak dibandar KK.Cuaca agak kurang baik ketika itu,memaksa kami membeli belah dalam keadaan hujan renyai-renyai.Sempat juga kami menyinggah di Pasar Filipina,Pasar Kraf tangan dan pasar malam yang berdekatan.Banyak jualan ikan masin disana dan kami membelinya untuk dibawa pulang ke KL.

Disana ,sangat cepat siang dan cepat malam.Pukul 6 petang sudah kelihatan seperti pukul 8 malam.hehe..agak berbeza sungguh jika di KL.Apapun,kami sangat gembira dengan percutian kali ini memandangkan Baby Sarah pn ikut sekali:-)


Read more...

Tip Memulakan Bisnes Dari Rumah

>> November 8, 2010

Teks:kredit to Pn Masayu

Pic:Google

Memulakan bisnes bunyinya agak serius, tetapi memulakan bisnes sambilan dari rumah nampak lebih santai. Anda banyak idea tetapi tidak satu pun yang benar-benar membuatkan anda mahu serius.

Satu individu satu produk

Cuba lihat persekitaran anda dan rutin harian. Begitu banyak pilihan idea bisnes yang boleh anda mulakan. Cuba fikirkan apa yang paling anda minat atau hobi yang anda gemar.

Anda gemar sekali membeli dan mengumpul koleksi cadar. Pelbagai corak dan gaya. Daripada cadar juga anda boleh dapatkan idea untuk menjual. Sudah ada juga agensi jualan langsung yang menjual cadar, jadi anda boleh menjadi agen jualan.

Sama ada jual kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan luaskan pasaran kepada pengguna lain dengan menjual secara online.

Begitu juga halnya dengan pakaian dewasa, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, kelengkapan ibadah dan pelbagai lagi.

Senaraikan apa jenis idea yang ada dalam perhatian dan tulis senarai tersebut sebelum anda memilih idea mana yang lebih menarik minat anda.


Kajian

Sebelum memulakan produk atau perkhidmatan anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Kajian boleh juga berupa mencuba dahulu secara suka-suka atau sambilan. Dalam kajian tersebut anda boleh mengenal pasti kelemahan dan kebaikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang akan anda tawarkan.

Kajian produk dan perkhidmatan membantu anda mengetahui kelemahan dan mampu membuat perancangan yang lebih sistematik.

Contohnya barang yang anda pos kepada kakak anda tidak sampai pada tempoh yang ditetapkan. Dari situ anda boleh menilai dan mencari syarikat penghantaran yang selamat dan sesuai.

Mula bertanyakan mereka yang sudah biasa berjinak dengan penghantaran secara pos. Bertanyakan tip dan idea untuk memberi keyakinan kepada pelanggan sistem jualan anda adalah selamat.

Sumber

Sumber barangan secara borong adalah salah satu perkara terpenting. Apabila kehabisan stok mudah untuk anda menyediakannya. Tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja. Anda perlu mencari beberapa sumber untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan jika kehabisan stok atau bekalan.

Pelanggan yang cerewet tidak suka mendengar istilah tiada stok. Gantikan ayat yang lebih wajar dengan memberitahu pelanggan, anda akan cuba mencari stok yang dingini dalam tempoh waktu tertentu.

Sekiranya tidak ada dan sememangnya habis, anda boleh mengantikan pilihan alternatif kepada pelanggan. Ini salah satu cara berhemah dan mengikat pelanggan untuk terus kekal menjadi pelanggan. Anda perlu jujur dengan pelanggan mengatakan stok sememangnya sudah habis dan ada pilihan baru yang tidak kurang juga kualiti.

Pelanggan

Siapa pelanggan sasaran, jika anda menjual lampin sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Jika menjual kain ela dan tudung sudah tentunya wanita bekerjaya atau suri rumah yang mempunyai kuasa wang

Read more...

Selamat Hari lahir...

>> October 19, 2010

Bulan oktober telah tiba..jeng-jeng...

Ini adalah bulan kelahiran super mama..hehe..tahun ni tarikh memang cantik sangat..20.10.2010.Happy birthday to me:-)Ada hadiah ulangtahun kelahiran x en suami?:-)

Read more...

Modern Mama

>> October 8, 2010

Foto: Google
Teks: Niza a.k.a Super Mama

Semenjak aku berjaya menjadi ibu ni..cewah..hehe..kesibukan dalam rutin harian ku berganda-ganda.Dan dengan itu,penyakit malas pun kadang-kala melanda.Setiap hari akan ku cari blog/hasil tulisan sebagai pemberi semangat agar tugas sebagai super mama dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Memang aku ada sedikit sikap malas..huhu..terutama untuk melipat pakaian.Tapi aku sudah menjumpai tip yang berguna untuk menyelesaikan tugas-tugas harian ni..dan akan ku cuba dalam seminggu ini...
TIP-TIP berguna ni akan ku kongsikan bersama raka-rakan lain...dan ada beberapa petua kesihatan & kecantikan..

p/s..doakan la aku berjaya merealisasikan apa yang ingin ku hajati....HIDUP SUPER MAMA!!

Read more...

Persiapan Hari Raya 2010

>> September 3, 2010

Tahun ni sama sahaja seperti tahun lepas.Amat sibuk dibulan puasa.Keadaan kesihatan pun selalu juga terganggu dek tugasan kini sudah semakin berat.Tahun lepas keletihan disebabkan berbadan dua,tahun ini agak kelesuan disebabkan rutin sebagai seorang ibu sudah bermula.Namun aku tetap meneruskan rutin-rutin yang ada dengan harapan dapat melangsaikan beberapa tugasan rumah yang tergendala dalam bulan ini.Bulan ini aku sibuk dengan bisnes jualan biskut raya,alhamdulillah sambutan tahun ini lebih memberangsangkan.Dapat juga buat duit tambahan untuk hari raya.Sebelum pulang beraya ke kg en suami,aku perlu menyelesaikan perkara berikut:
-vakum karpet
-lap perabot
-cuci pakaian
-lipat&simpan pakaian yang sudah dibasuh
-mop lantai
-siapkan biskut raya untuk family
-servis kereta
-ambil tempahan baju raya
-siapkan katalog bisnes
-

Banyak sungguh kerja rumah untuk perempuan ni kan?hehe...Persiapan raya setakat ni masih 50%,terpaksa ambil cuti awal untuk menyiapkan diri,Baby Sarah,rumah & bisnes.Kesemua nya perlu langsai agar dapat beraya dengan sepenuh hati & dapat berehat sepuas-puasnya..insyaAllah...

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR & BATIN

Read more...

Hari Pertama Berpuasa Sebagai Seorang Ibu

>> August 11, 2010

Foto:Google
Teks:Niza

Tahun ini aku pertama kali berpuasa sebagai ibu kepada baby Sarah.Hajat dihati memang hendak masak sedap-sedap buat suami tercinta,namun tidak berjaya juga..huhu..sedih pun ada.Baby Sarah sudah awal-awal 'booked' aku untuk menyusu.Jam 5.15 baru aku dapat melepaskan diri dari baby Sarah,hehe.Dengan pantas ,aku pun jerang air,buat susu panas,dan bancuh quaker oat.En suami pun makan bersama...hehe.Alhamdulillah,quaker oat ni mengenyangkan aku sampai ke petang.Cuma aku lupa minum air masak banyak-banyak,bila sampai rumah memang kepenatan sangat.Balik je,aku terus ambil baby Sarah & menyusukan nya.Hari-hari akan datang,aku perlu banyak minum air memandangkan aku masih menyusukan baby Sarah ni:-)

Read more...

Kad Imbas & Permainan Baby

>> July 31, 2010

Apa itu kad imbas???

Aku pun tak tau jugak pada mulanya,tapi kene rajin cari info kat website.Sekarang semuanya di hujung jari.Kad imbas ni korang boleh beli kat store(aku beli kat GIANT,RM7.90) atau korang boleh buat sendiri.Kalo ada sape2 yang berminat,aku ada sampel FLASHCARD,boleh email aku,nanti aku send kat korang..Kalo susah nak cari,beli sahaj secara online,tapi untuk baby macam Baby Sarah ni,kad imbas ABC &123 sesuai.Kad imbas bentuk mimik muka pun sesuai gak.Tapi tu aku buat sendiri je.

Ada kajian kat amerika beritahu:

Studies show that infants not only prefer to look at high contrast graphics, but that such images like black and white graphics can
  • help increase concentration skills
  • stimulate the creation of synapses (brain cell connections)
  • increase an infant's attention span
  • calm a baby (when she is bored)
  • enhance curiosity
Jadi,mulai hari ini,semua bakal ibu bolehla cari kad imbas ni atau mintak je dari aku..aku bagi softcopy..hehe

Read more...

Jualan Hari Raya 2010

>> July 30, 2010

Rempeyek Special
Harga Sepeket(50pcs)-RM15

Biskut Choc Chips Butter
Harga sebotol(50pcs)RM23

Email aku di markay84@yahoo.com kalo ada nak tempah.Sampel pun ada,korang boleh rasa & tolong jual..hehe..

Read more...

Pojaan Hati Kami

.....................
......................................
.................................................
............................................................Ibu & Abah SAYANG Sarah sangat-sangat.....xoxoxox

Read more...

WAHM

>> July 27, 2010

Teks:Niza
Foto:Google

Erm..hari ni aku agak down sedikit..dapat sakit migrain sejak malam tadi.Dalam sakit-sakit begitu,aku tetap menjalankan kewajipan menyusu kan baby Sarah sampai die terlena.Sekarang,tiap kali nak tido kene tukar pampers dulu..kalo tak,alamatnya kebocoran la esok pagi..hehe.

Aku ada terpikir untuk memakai kan Baby Sarah cloth diapers..tapi aku masih mencari info & kedai online yang memberikan harga terbaik & berkualiti.Dalam pengiraan aku,kalo Baby Sarah pakai CD,boleh jimat juga.Almaklumla..anak dara Pejo ni kuat jugak 'membeseh'(kencing)..hehe.

Dalam masa aku melayari blog CD,aku pun terjumpa satu website ni..agak kagum juga aku..kawan-kawan pun boleh klik web ni untuk mendapatkan info bagi ibu-ibu.Kadangkala aku terfikir juga untuk bekerja dari rumah sahaja..boleh juga jaga Baby Sarah sepenuh masa...wee:-)

P/S: tetap menyimpan impian bekerja di rumah:-)

Read more...

Pengalaman Berpantang

>> July 21, 2010

Saya telah selamat melahirkan anak pertama saya pada 20.04.2010 tepat jam 5.15 petang di hospital sungai buloh.Walaupun telah lewat 3 hari dari tarikh jangkaan,alhamdulillah bayi perempuan saya,Nur Damia Qaisarah telah selamat melihat ke dunia ini.Syukur ke Hadrat Illahi.Selepas bermalam dihospital,saya telah dibenarkan pulang ke rumah dan bermula la detik berpantang bagi diri saya.
    Hari pertama saya laluinya dengan tenang.Mujur ibu saya amat memahami,segala kelengkapan seperti pilis,param,kapur,limau,akar-akar kayu beserta jamu-jamu telah disediakan.Ibu saya memilih produk Air Mancur untuk kegunaan saya dalam pantang.Bermula dari jam 6pagi,saya telah dikejutkan untuk bersiap-siap mandi air serai wangi.Selepas menyegarkan tubuh,saya disuruh mengambil sarapan pagi;air horlicks dan 2 keping roti.Sedih juga tidak dapat merasai kesedapan nasi lemak yang tatkala itu menjadi hidangan ahli keluarga lain.Tidak mengapa,ini semua untuk kebaikan kesihatan saya juga.Selepas bersarapan,saya menyusukan anak saya dahulu dan membersihkan tubuhnya sebelum badan saya diurut oleh tukang urut bersalin,Makcik Melah.Hampir 2 jam saya 'bertarung' kesakitan akibat urutan-urutan tersebut almaklumla selepas bersalin,hampir satu badan mengalami sakit-sakit sendi.Selepas tamat proses mengurut,badan&muka saya dilumur dengan pilis & param,manakala disapu kapur &perahan limau di bahagian perut.Param & pilis berfungsi untuk memanaskan tubuh dan menyegarkan muka agar ibu2 mendapat kesegaran tubuh selepas melahirkan anak.Kapur & air perahan limau pula bertujuan untuk mengecutkan lemak-lemak di bahagian perut.Kemudian,rambut saya disisir dan diikat setinggi-tingginya.Ini bertujuan membetulkan pengaliran darah dari kepala ke hujung kaki dan bagi mengelakkan sakit kepala menyerang.Selepas habis semua proses tersebut,saya dipakaikan stokin tebal dan bengkung bertali di bahagian pinggul hingga ke paras peha.Berbengkung amat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang asal dan bagi mengurangkan langkah kaki kita.Iyala,risau kalo terlanggar kerusi,takut bentan.Jika berbengkung,kita akan jalan dengan penuh bersopan,ala-ala masyarakat jepun:-).Selesai sudah proses urutan,kemudian saya diberi air akar kayu oleh ibu saya.Pengalaman pertama meminum air akar kayu memang kekal diingatan saya.Rasanya tak dapat digambarkan,namun selepas 1-2 minggu ,saya dah dapat meminum air tersebut 1-2 gelas dalam sehari.Air rebusan akar kayu ini penting untuk memberi kesegaran tubuh dan memberi tenaga.Saya juga perlu makan pil jamu terutama selepas waktu minum pagi,makan tengahari & makan malam.Pil jamu ini bagus untuk mengeluarkan darah-darah kotoran didalam perut,dan membantu memberi tenaga juga.Pantang larang semasa berpantang juga amat dititik beratkan dan alhamdulillah kini saya kembali segar semula
    Itulah pengalaman berpantang saya,diharap pengalaman ini dapat dikongsi bersama para ibu diluar sana .

Read more...

Saya mahu buku 1,kategori A&B

Salam 1 Malaysia

ini entry dari blog pn masayu ahmad juga.buku ni aku pun nak jugak...untuk dapatkan ilmu-ilmu yang berguna untuk menjadi parents ni.

Ni antara syaratnya:

Terma & Syarat

1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/ di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.
 
Kategori A: Cabutan Secara rawak
1. Hanya pilih buku, nyatakan kategori pilihan.

Contoh: Ya saya mahu buku 1 untuk Kategori A

Kategori B

1. Ceritakan pengalaman berpantang anda, boleh juga gambar bayi semasa pantang.
2. Anda layak mendapat buku peraduan dan buku misteri (penjagaan kesihatan wanita)

Nyatakan:

Nama: Masayu Ahmad
Kategori: A & B
Buku pilihan: Buku 1

Sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen peraduan sahaja. Terima kasih.
 
Jadi..jom pakat ramai2 masuk entry nih..lagi ramai lagi meriah:-)

Read more...

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah



Salam semua Pembaca blog,entry kali ni berkenaan peraduan menarik yang dianjurkan di blog puan masayu ahmad.Aku teringin sangat nak buku ni,tiap2 hari baca entry dalam blog ni,memang best& banyak maklumat.Ini antara syarat-syarat peraduan tersebut:

Syarat-syarat
Kategori A
1. Letak Cover buku ini di side bar blog dan pautan link terus ke blog ini. (Tulis: Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah)

2. Siarkan entri tentang peraduan ini.

3. Pemenang dipilih berdasarkan cabutan. Mungkin seorang, dua orang atau tiga orang. Tertakluk kepada keputusan penganjur.


Kategori B

Buat ulasan tentang buku Jana RM Dari Rumah, ulasan yang menarik akan memiliki buku berikut. Pemilihan dan penilaian akan dibuat oleh editor Oasis.


Nota Peraduan:
1. Boleh menghantar seberapa banyak peraduan, jika ada 10 blog sekalipun.

2. Tarikh tamat: sehingga dimaklumkan kelak

3. Sila sertakan maklumat berikut:

Nama: (Mengikut kad pengenalan)
Email:
Blog:

Oleh itu,marilah kita beramai-ramai memeriahkan peraduan ini.Boleh rujuk blog ini untuk maklumat lanjut:-)

Read more...

Peraduan Pengalaman Berpantang

>> July 20, 2010

Di blog masayuahmad ada menganjurkan peraduan menceritakan pengalaman berpantang..bagi para ibu-ibu di  luar,jemputla menyertai pertandingan ini.Hadiah amat menarik:-)

Read more...

Jalan-Jalan Ke Melaka

>> July 15, 2010
























Haa..ni latest pic untuk Sarah..pic ini diambil masa balik dari Melaka.Alhamdulillah,xbanyak ragam dia walaupun jalan jauh..tapi aku yang lenguh tangan duk pangku dia..ngeh2...geram sangat tengok sarah tersengih2 dalam kete..

Arini bertolak agak lewat,so,sampai rumah pun dh dekat Maghrib..jalan memang sangat jem kat sg besi.Kitorang g anta adik aku,Amirah pulang ke Kolej Matrikulasi nya kat Londang tu..Sepanjang jalan,penuh dengan gerai2 jualan buah-buahan kampung.Kitorang pun sebok membeli buah tangan sikit untuk dibawa balik ke rumah yang nun jauh di k.selangor tu..hahahaha..Jeng-jeng-jeng..beli cencalok sekali..buat pengganti budu...:-)

Read more...

nak cari owner baru bagi pet kami "memey"

>> June 30, 2010


Memandangkan kami kini dah ada orang baru..hehe..nampaknya terpaksala melepaskan kucing- kucing kesayangan kami...jadi,sesiapa yang berminat untuk menjadi owner baru..jus let us know..harga leh nego..dont worry..asalkan boleh jaga dia baik2..

Read more...

Baby Sarah

pagi ni time aku nk g keje,Sarah merengek2..seolah2 tak nak bagi aku bersiap untuk ke tempat keje...huhu..sedihnya tinggalkan sarah kat umah...

Read more...

Nak Tahu Review Program 20Ribu20Hari?

>> June 22, 2010

Sudah melihat program RM20,000 Dalam 20 hari keluaran En Suthan M. ?

http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=markay84

Mungkin ada telah mendengar akan produk launch terbaru ini yang tengah meletup sekarang ini di pasaran, dan rata rata mungkin anda ingin tahu sebenarnya apa program ini..

Hari ini, saya akan bongkarkan latar belakang En Suthan M. dan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Sekiranya anda telah lama didalam bisnes “perniagaan internet”, mungkin anda pernah terdengar kisah mengenai Suthan.

Orangnya low profile, tetapi dia merupakan tuanpunya beberapa produk unik dan popular di pasaran antarabangsa seperti NicheProphecy, IMSutra, YourSimplyStupid (dan banyak lagi!) dan mempunyai network dengan ramai otai otai high profil internet marketer dari US dan UK.

Tetapi, yang paling menarik ialah latar belakang orangnya sendiri.

Untuk anda yang ingin tahu, Suthan baru berusia 24 tahun. Tahap pendidikan dia pun sekadar SPM sahaja, tak pernah pergi university pun. Dia pun dulu bukan kaya pun; sampai pernah bekerja cuci windscreen dan polish tayar di kedai minyak Projet untuk menyara hidup.

Jadi macam mana “tukang polish tayar kereta” ini berubah menjadi “sukses internet” ?

Kalau nak tahu kisahnya, boleh ke sini
http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=markay84
dan baca sendiri cerita saudara Suthan dari laman webnya.

Dia pertama kali menceburi perniagaan internet dengan blogging seperti orang lain. Tetapi, sukses pertama En Suthan ialah apabila dia menjual produk “rahsia membuat laying layang” dipasaran antarabangsa. Untung sukses pertama dia bukan banyak pun, dalam USD32 sahaja, tetapi ini telah menyemarakkan semangat Suthan untuk terus menceburi bidang ini.

Lima tahun berniaga, kini saudara Suthan merupakan salah satu internet marketer tersohor yang terkenal di pasaran antarabangsa . Harga produknya kini mencecah ribuan ringgit, dan dia telah “personal coach” beribu ribu orang dari seluruh duni untuk menjadi sukses IM .

Semalam, saya terdengar akan Program ulung Bahasa Melayu yang dilancarkan oleh Suthan M, dan saya excited nak memberitahu anda mengenai program baru ini yang diberi nama “RM20,000 Dalam 20 Hari”.

http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=markay84


Program ini berbentuk “daily step by step blueprint” dimana Suthan M akan membimbing anda dengan memberikan anda coaching setiap hari selama 20 hari dalam apa yang perlu anda buat untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari. Dia menggunakan kaedah “produk launch + infoproduk marketing” dalam sistem RM20,000 dalam 20 hari ini.

Program ini sesuai jika anda:
1.Ingin membuat program internet sebenar secara halal dan betul dari segi undang undang
2.Jika anda tidak pernah membuat perniagaan infoproduk dan ingin menceburi perniagaan yang begitu lukratif ini
3.Ingin mendapatkan “rahsia sebenar” produk launch dan menggunakan idea yang sama untuk perniagaan anda.
4.Nak mendapatkan bombing professional dari internet marketer yang tersohor untuk “reverse engineer” sukses kejayaannya.
Program RM20,000 Dalam 20 merupakan satu peluang bagaimana anda boleh menceburi bidang perniaagan internet dengan nasihat dan tips dari orang professional seperti saudara Suthan.

Tetapi, jangan beli jika anda tidak ingin “take action” dengan ilmu yang diberi oleh Suthan ini.

Ini bukan program “fast cash”, ataupun “duit cepat”, tetapi cara perniagaan online yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan “put effort” sekiranya anda ingin berjaya. Itu hikmahnya..

Rahsia RM20,000 Dalam 20 hari kini telah terbongkar ; Persoalannya, siapa yang akan menjadi jutawan internet menggunakan method ini? Mungkinkah ANDA orangnya?
http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=markay84

Ikhlas,
MOHD FAIZOL ISMAIL

Read more...

Hadiah Baby Sarah

>> June 15, 2010

Dalam tempoh aku berpantang,ramaila yang datang melawat.Siap bawak hadiah lagi...Thanks banyak-banyak kat member-member yang baik hati bagi baju& kelengkapan lain untuk Baby Sarah.Tidak lupa juga bagi yang beri hadiah berbentuk duit..telah ku masukkan ke dalam Akaun Nuri khas buat Baby Sarah..

Notakaki: Best Jugak jadi Baby ni kan..hehhe

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP