Pages

Pengalaman Berpantang

>> July 21, 2010

Saya telah selamat melahirkan anak pertama saya pada 20.04.2010 tepat jam 5.15 petang di hospital sungai buloh.Walaupun telah lewat 3 hari dari tarikh jangkaan,alhamdulillah bayi perempuan saya,Nur Damia Qaisarah telah selamat melihat ke dunia ini.Syukur ke Hadrat Illahi.Selepas bermalam dihospital,saya telah dibenarkan pulang ke rumah dan bermula la detik berpantang bagi diri saya.
    Hari pertama saya laluinya dengan tenang.Mujur ibu saya amat memahami,segala kelengkapan seperti pilis,param,kapur,limau,akar-akar kayu beserta jamu-jamu telah disediakan.Ibu saya memilih produk Air Mancur untuk kegunaan saya dalam pantang.Bermula dari jam 6pagi,saya telah dikejutkan untuk bersiap-siap mandi air serai wangi.Selepas menyegarkan tubuh,saya disuruh mengambil sarapan pagi;air horlicks dan 2 keping roti.Sedih juga tidak dapat merasai kesedapan nasi lemak yang tatkala itu menjadi hidangan ahli keluarga lain.Tidak mengapa,ini semua untuk kebaikan kesihatan saya juga.Selepas bersarapan,saya menyusukan anak saya dahulu dan membersihkan tubuhnya sebelum badan saya diurut oleh tukang urut bersalin,Makcik Melah.Hampir 2 jam saya 'bertarung' kesakitan akibat urutan-urutan tersebut almaklumla selepas bersalin,hampir satu badan mengalami sakit-sakit sendi.Selepas tamat proses mengurut,badan&muka saya dilumur dengan pilis & param,manakala disapu kapur &perahan limau di bahagian perut.Param & pilis berfungsi untuk memanaskan tubuh dan menyegarkan muka agar ibu2 mendapat kesegaran tubuh selepas melahirkan anak.Kapur & air perahan limau pula bertujuan untuk mengecutkan lemak-lemak di bahagian perut.Kemudian,rambut saya disisir dan diikat setinggi-tingginya.Ini bertujuan membetulkan pengaliran darah dari kepala ke hujung kaki dan bagi mengelakkan sakit kepala menyerang.Selepas habis semua proses tersebut,saya dipakaikan stokin tebal dan bengkung bertali di bahagian pinggul hingga ke paras peha.Berbengkung amat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang asal dan bagi mengurangkan langkah kaki kita.Iyala,risau kalo terlanggar kerusi,takut bentan.Jika berbengkung,kita akan jalan dengan penuh bersopan,ala-ala masyarakat jepun:-).Selesai sudah proses urutan,kemudian saya diberi air akar kayu oleh ibu saya.Pengalaman pertama meminum air akar kayu memang kekal diingatan saya.Rasanya tak dapat digambarkan,namun selepas 1-2 minggu ,saya dah dapat meminum air tersebut 1-2 gelas dalam sehari.Air rebusan akar kayu ini penting untuk memberi kesegaran tubuh dan memberi tenaga.Saya juga perlu makan pil jamu terutama selepas waktu minum pagi,makan tengahari & makan malam.Pil jamu ini bagus untuk mengeluarkan darah-darah kotoran didalam perut,dan membantu memberi tenaga juga.Pantang larang semasa berpantang juga amat dititik beratkan dan alhamdulillah kini saya kembali segar semula
    Itulah pengalaman berpantang saya,diharap pengalaman ini dapat dikongsi bersama para ibu diluar sana .

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP