Pages

Welcome 2011

>> January 5, 2011

Teks: Niza
Photo:Koleksi Peribadi


Lama betul kami tak update blog ni,dah bersawang nampaknya.Pejam celik suda masuk tahun 2011.Banyak pahit manis yang kami hadapi sepanjang tahun 2010 lepas.Yang manis kami jadikan kenang-kenangan,yang pahit buang jauh-jauh.Disini aku rumuskan 6 perkara TERMANIS buat kami sekeluarga:

1) Kelahiran Baby Sarah -Lahir pada 20.04.2010 jam 5.10 petang.Sarah lahir ke dunia ,lewat 4 hari dari jangkaan.Lahir di hosp sg buloh.Kali pertama aku merasai bagaimana rasa melahirkan anak,susah payah menahan kesakitan selama 7 jam di wad bersalin.Pelbagai perasaan ada waktu itu,namun segalanya selamat,Alhamdulillah.

2) Ulangtahun Perkahwinan Yang pertama-disambut pada 30.05.2010.Ulangtahun yang pertama ini tiada hadiah untuk kami ,cukup hadiah kelahiran Baby Sarah ke dunia.Waktu ini aku masih merasai kesakitan bersalin lagi,tapi perlahan-lahan sembuh.Alhamdulillah.

3) Projek Biskut Raya 2010- Tahun ini amat sibuk sekali.Aku terpaksa membahagi tugas untuk jaga Baby Sarah dan menyiapkan tempahan biskut raya pelanggan yang rata-rata nya ofismate en.suami.Semuanya berjalan lancar,cuma ada hari yang aku tidak larat berpuasa kerana waktu ini aku masih menyusukan Baby Sarah.Tapi,semuanya berjalan lancar.Alhamdulillah

4) Raya 2010-Tahun ini tahun pertama kami beraya bersama Baby Sarah.Seronok juga,banyak koleksi duit raya untuk Baby Sarah.Kami sudah pun buka akaun simpanan untuk masa depannya.Walaupun perjalanan untuk beraya mengambil masa 8 jam.tapi kami semua gembira beraya di sana dan pulang beraya ke KL pada raya ke 4.Alhamdulillah.

5) Holiday di Kota Kinabalu Sabah- Kali pertama membawa Sarah menaiki kapal terbang.Sangat gembira dapat melihat negeri orang lain.Sarah pun tiada masalah sepanjang perjalanan walaupun KK hujan sepanjang hari.Percutian yang singkat tapi sangat bermakna.Alhamdulillah.

6) Hari Keluarga ke Melaka-Kali ini perjalanan menaiki bas persiaran.Sangat happening,walaupun hanya 2 hari namun kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama sambil melihat keindahan tempat-tempat menarik di Melaka walaupun pada dasarnya kampung aku kat Melaka,hahah...Baby Sarah pun gembira tanpa sebarang masalah.Alhamdulillah.

Walaupun banyak perkara Manis berlaku ada juga perkara kurang manis berlaku.Namun aku ingin buangkan jauh-jauh kisah pahit tersebut.Moga tahun 2011 ini lebih mematangkan aku lebih membahagiakan aku.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Kelab Bola Sepak

Blog ini Tentang...

CeriTa-ceriTa Yang kAMi Ingin Kongsi bersama...

tweet...

    HObi Kami...

    1) Tidur...ZZzzz
    2)Tengok tv kat sofa empuk..haha
    3)Makan jajan---->hobi my wife:-)
    4)Tengok wayang...tapi time darurat,cd pun boleh je,kuikui
    5)Gi jalaN-jaLaN--->hobi my hubby

    raMai tak yang VieW??

    Hilangkan Gementar Sebelum Akad Nikah

    Footer

    Arigato.....Sila datang lagi..

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP